بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Thursday, August 11, 2011

DOA UNTUK IBU BAPA

          







Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka


Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.


Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.


Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .


Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.


Amin Ya Rabbul Alamin..



Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah. ..Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang memperdulikan dan mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan didunia ini.

Mama... Abah ampunkanlah dosa-dosa anakmu...
                                                                                                                    by haziq daud

Matlamat Puasa


Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum Warah Matullah ,

Allahumma Solli Ala' Muhammad 

Ustaz , boleh tak ustaz tolong berikan pandangan ustaz berkenaan '' Ramadan dan Guru Praktikal " ?


InsyaAllah , saya akan usahakan , setakat kemampuan saya .

Kita sendiri tahu , sendiri maklum bahawa ada pelbagai jenis watak , ada macam macam karenah manusia dalam dunia ni . Ada yang pemarah , ada yang periang , ada yang pendiam .

Sifat ini juga turut ada pada seorang guru atau bakal guru kerana mereka hanyalah seorang makhluq .

Ramadan , bulan penuh kemuliaan dan sarat dengan keberkatan . Justeru itu , mari kita munafaatkan sebaik baiknya bulan ramadan ni dalam mendidik jiwa kita daripada yang baik ke arah yang lebih lebih baik . Be the best among the best .

Sebagai umat islam , kita perlu faham , mengapa kita perlu berpuasa .

Supaya kita berjaya mendidik diri kita menjadi orang yang bertaqwa . rujuk surah al-Baqarah ayat 183 .

Disebalik pengorbanan yang kita lakukan , pasti ada matlamat yang hendak kita kecapi .

Misalannya , kita sebagai seorang guru , kita pasti mahu mendidik anak murid menjadi insan yang cemerlang dalam pelajaran dan sahsiah diri .

Begitu juga dengan bulan Ramadan . Pasti ada matlamat disebalik semua ini . Antaranya , yang saya dapat kongsikan disini ;

1 . Melatih diri bersifat sabar .

Sesungguhnya Allah bersama orang yang Sabar .

Lumrah 'alam , kalau anak-anak murid kita bawah umur tu , tak duduk diam ketika cikgu tengah mengajar . Jangan-jangan , kita dulu lebih teruk daripada budak-budak tu . Jaranglah ada budak-budak kalau cikgu mengajar tu dia teliti je dengar . Jarang ... Sebab , memang fitrah budak-budak tu buat silap .

Kita sebagai guru , atau bakal guru kenalah pandai , kena tahu cara memberi pendidikan yang terbaik buat anak anak murid .

Orang tua pernah berkata :

" Jaga seorang anak pun boleh jadi gila . "

Fahamkan kata-kata tersebut . Saya amat terkesan dihati dengan perkataan mereka . Memang mendalam maksudnya . Betul sangat apa yang mereka ungkapkan . Jikalau jaga seorang anak pun sudah boleh hilang kewarasan , apatah lagi ratusan anak ?

Maka , daripada sekaranglah kita kena bermula , khususnya pada Madrasah Ramadan .

Ada " spiesis " cikgu yang suka membawa mulut terhadap anak-anak muridnya yang kurang bijak , ada cikgu yang suka pilih kasih , ada yang mengajar kerana duit semata-mata . 

Kita hapuskan sikap negatif , kita ambil yang jernih buang yang keruh . Amalkan puasa secara bersunguh-sungguh , mudah mudahan kita menjadi golongan yang bersabar .

Kalau kata , kita ni pemarah , dalam bulan ramadan , bila kita nak marah , cuba ingatkan kita sedang berpuasa . Kalau kita marah marah , nanti pahala berkurang , berkurang dan berkurang . Bukankah sudah rugi disitu ? InsyaAllah , akan terbantut marah kita tu .

Bukankah ada hadith yang bermaksud ;

" Berapa ramai orang yang berpuasa tetapi tidak ada pada puasanya kecuali lapar dan dahaga . "

Kita bukan manusia yang terpelihara daripada melakukan dosa . 

Apa faedah nya jika ketika kita sedang berpuasa , kita bermaksiat pada Allah .

Maksiat , bukan sahaja berasmara berzina , atau buat perkara yang mengghairahkan . 

Apa apa sahaja benda yang Allah larang dan apa apa sahaja perkara yang Allah perintahkan tetapi kita tidak laksanakan , itulah maksiat .

2 . Menjiwai perasaan orang-orang yang lemah :

Bakal guru sekalian , ramadan mendidik kita merasai kesulitan kelaparan dan penghayatan dalam kehidupan orang-orang yang kurang bernasib baik . Misalannya , mereka yang diuji oleh Allah dengan kemiskinan , ataupun yang kais pagi makan pagi , kais petang makan petang .

Kita dahulu merupakan seorang murid hingusan , dan dihadapan kita ialah seorang guru yang berpenat lelah mengajar , dan mendidik kita bermula dengan huruf A , B , C hatta ke angka 999 . Namun , adakah kita menghargai dan mengerti pengorbanan guru tersebut ? yang bersusah payah kerana kita ? Sanggup keluar dari rumah dipagi hari walaupun pada bulan ramadan yang panas terik sehingga kering air tekaknya kerana mengajar kita . 

Roda yang bawah akan naik keatas , dan roda yang atas akan turun kebawah . Maka , suatu hari nanti , insyaAllah , kita juga turut merasai pengorbanan tersebut .

3 . Menjaminkan sihat tubuh badan :

Semua pakar doktor sedunia bersetuju , bahawa segala penyakit berpunca daripada makanan .

Berpuasa , dapat membersihkan darah , melancarkan sistem penghadaman , dan membuang sisa kuman dalam badan .

Perkara ini mungkin dipandang sambil lewa , acuh tak acuh oleh kita dek kerana sibuk dengan profession guru kita . Maka , Ramadan , menjadualkan kita supaya kita menjaga pemakanan kita .

Wallahu'alam 




Ramadhan datang alam pun riang
menyambut bulan yang berkah
umat berdendang kumandang azan
pertanda hati yang senang
hoo...
hati yang gembira
hoo...
penuh suka cita

Sebulan kita kan berpuasa
melawan lapar dahaga
kalahkan nafsu rayuan syetan
menjadi insan yang taqwa
hoo...
hati yang gembira
hoo...
penuh suka cita

Tarawih dan tadarus
bersujud di tengah malam
berzikir dan berdoa
menyebut asmaMu ALLAH
dan tak lupa berzakat
sempurnakan kewajiban
mensucikan jiwa
sebagai insan yang fitri

Tarawih dan tadarus
bersujud di tengah malam
berzikir dan berdoa
menyebut asmaMu ALLAH
dan tak lupa berzakat
sempurnakan kewajiban
mensucikan jiwa
sebagai makhluk ALLAH

Sunday, January 23, 2011

 Ketahuilah tidak ada jalan singkat untuk berjaya, melainkan dengan berusaha mengikut cara yang betul.
Prakata
Bahagian 1: Matlamat dan Kejayaan
Petua 1 Saudara Bukan Gagal, Tetapi Belum Berjaya
Petua 2 Saudara Perlu Berubah Apabila Mahukan Perubahan
Petua 3 Berfikir seperti Juara
Petua 4 "Saya Tidak Mahu Berjaya, Saya Mahu Sangat Berjaya"
Petua 5 Serang!! Mana pintu gol?
Petua 6 Gambarkan Matlamat Saudara dengan Jelas
Petua 7 Meniru untuk Berjaya, Berani? 21
Petua 8 "Bernafsu" untuk Bekerja 24
Petua 9 Jadilah seperti Asap dan Air 27
Bahagian 2: Mengurus Masa
Petua 10 Gunakan Kaedah Log Masa
Petua 11 3 Peraturan Menggunakan Log Masa
Petua 12 Masa itu Emas, Lombonglah Ia
Petua 13 Masa itu Pedang, Jangan Sampai Terluka
Petua 14 Orang Bertangguh Selalu Lenguh
Petua 15 Usah Gopoh Apabila Belum Masanya
Petua 16 Masa untuk Peribadi atau Masa untuk Pasukan?
Petua 17 "Slot Masa Spesifik" Petua daripada Harold Taylor
Petua 18 Mary Kay dan Kelab Pukul Lima
Petua 19 "Bahasa Mengawal Masa" adalah Petua Perisai untuk Masa
Petua 20 Jangan Dukung Monyet Orang Lain, Nanti Saudara yang Susah
Bahagian 3: Prioriti dan Agihan Tugas
Petua 21 Belajar Berkata "Tidak"
Petua 22 Berani Berkata "Tidak", Lagi Beberapa Petua Menarik
Petua 23 Guna Petua ABC bagi Menentukan Prioriti
Petua 24 Menentukan Prioriti dengan Kaedah Tingkap Jauhari
Petua 25 Prinsip Pareto bagi Memilih yang Penting
Petua 26 Lima Petua daripada Norman Vincent Peale
Petua 27 Lahirkan Kembar Saudara, Cipta Seorang Lagi Diri Saudara
Petua 28 Carta Aliran Mengagih Kerja dan Tugasan
Petua 29 12 Langkah Mahir Mengagih Kerja
Petua 30 Kepada Siapa Hendak Agih? Gunakan Piramid
Agihan Tugas
Petua 31 Sembilan Petua Mengagihkan Tugasan
Petua 32 Alasan Enggan Mengagih Tugasan dan Petua
Mengatasinya
Bahagian 4: Belajar Mengurus Kerja
Petua 33 Tidak Perlu Genius, yang Penting Mahu Belajar
Petua 34 Tidak Perlu Genius, yang Penting Pandai Bertanya
Petua 35 Sikit-sikit Lama-lama Siap
Petua 36 Jangan Buat lagi, Rancanglah Dahulu
Petua 37 Teknik Pengurusan Kualiti Total
Petua 38 Mesyuarat adalah Milik Saudara
Petua 39 Carta Aliran Mesyuarat yang Berkesan
Petua 40 Belajar Mendengar
Petua 41 10 Petua Berunding daripada Terry Bragg
Petua 42 Tajamkan Gergaji, Tumpukan Fokus Saudara
Petua 43 Panahkan Halilintar Saudara
Petua 44 "Keadaan Mengalir", Petua Csikszentmihalyi dan Ottinger
Petua 45 Petua Menarik bagi Menguasai "Mood" Saudara
Bahagian 5: Bekerja Berpasukan
Petua 46 Doronglah Rakan Saudara untuk Bersama
Petua 47 Petua Membina Pasukan Hebat
Petua 48 Satu Lagi Petua Membina Pasukan Hebat
Petua 49 Belajarlah Bagaimana Angsa Bekerja Secara Berpasukan
Petua 50 Apa yang Saudara Beri akan Dapat Semula
Petua 51 Turun Padang, Jangan Lepas Tangan
Petua 52 Awasi Perkara Remeh yang Merosakkan
Bahagian 6: Belai Diri Sendiri
Petua 53 Rehat Bukan untuk Bermalas
Petua 54 Tidurlah! dan Saudara akan Menjadi Cemerlang
Petua 55 Lagi Kisah berkenaan Rehat dan Tidur

Saturday, January 22, 2011

petua pelajar cemerlang

Ya, manusia menulis dan membaca untuk mendapat ilmu. Saya sudah sentuh mengenai membaca dalama laman kemahiran membaca. Menulis pula adalah kawan rapat membaca.
Dalam pembelajaran menulis diperlukan untuk,
  1. Menyalin,
  2. Menulis dalam sebut-tulis (recall), iaitu menzahirkan apa yang diingat
  3. Merakamkan dan membuat nota
  4. Menzahirkan idea dan fahaman
  5. Menjawab soalan
  6. Menerangkan kepada orang lain dengan tujuan menyampaikan ilmu atau mengajar


Teknik Belajar Berkesan-Kemahiran membaca

Kita mendapat ilmu dari pembacaan. Namun demikian kerap kali kemahiran pembacaan dianggap sebagai kebolehan mengeja dan menulis perkataan sahaja. Oleh itu ramai pelajar yang mengadu mereka mendapati
a) Hilang minat apabila telah membaca satu atau dua muka sahaja
b) Tidak faham apa yang dibaca
c) Tidak ingat apa yang telah dibaca
d) Membaca dengan perlahan dan mendapati terlalu banyak buku yang hendak dibaca
e) Masalah membaca dalam buku bahasa kedua, seperti buku dalam bahasa Inggeris
Bagaimanakah cara membaca dengan cekap dan berkesan?
Prinsip yang terbukti berkesan dipanggil SQ3R telah dikaji sejak tahun 1940’an lagi. Pleasant Robinson dalam bukunya, Effective Study pada tahun 1946 memperkenalkan kaedah ini.
Jika pelajar membaca kurang dari 250 perkataan seminit anda perlu bantuan. Kaedah baca pantas boleh diperolehi daripada buku yang khusus (dalam bahasa Inggeris), atau daripada internet atau pun dari buku Belajar dengan cekap dan berkesan.


Teknik belajar berkesan-kemahiran mendengar.

Kenapakah pemahaman pelajar daripada sesuatu kursus yang sama berbeza? Salah satu punca utama ialah kemahiran mendengar. Malangnya  kemahiran mendengar tidak diajar dengan jelas baik disekolah atau di universiti. Cuba timbangkan gambar rajah berikut:
mendengar.jpg
                   Muka surat 195 Buku Belajar dengan cekap dan berkesan
Kita perlu pandai mendengar untuk manfaat maksimum dari kelas. Perbincangan yang lebih panjang boleh didapati daripada laman internet atau dari buku Belajar dengan cekap dan berkesan

Sunday, January 16, 2011

doa - doa penawar.

Antara koleksi doa-doa penawar dari hadis nabi :  Doa Malaikat Jibril ke atas Rasulullah S.A.W setelah baginda mengadu kerana disihirkan oleh Labid bin Al-A’shom (yahudi) :  بِاسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ يُؤْذِيكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْ عَيْنِ حَاسِدٍ اللَّهُ يَشْفِيكَ بِاسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ  Maksudnya : “Dengan nama Allah aku mendinding kamu daripada setiap sesuatu yang menyakiti kamu yang datang daripada setiap kejahatan jiwa atau mata orang yang hasad (dengki), semoga Allah menyembuhkan kamu dengan nama Allah aku mendinding kamu.” (Hadis riwayat Imam Muslim dalam Sahihnya)  2. Doa ketika menghadapi sakit atau demam :  بِسْمِ اللَّهِ الْكَبِيرِ أَعُوذُ بِاللَّهِ الْعَظِيمِ مِنْ شَرِّ كُلِّ عِرْقٍ نَعَّارٍ وَمِنْ شَرِّ حَرِّ النَّارِ  Maksudnya : “Dengan nama Allah Yang Maha Besar, Aku berrlindung daripada kejahatan setiap peluh yang meruap-ruap dan daripada kejahatan setiap kepanasan api.” (Hadis riwayat Imam Al-Tirmizi dalam Sunannya)  3. Doa ketika menziarahi orang yang sakit :  أَسْأَلُ اللَّهَ الْعَظِيمَ رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ أَنْ يَشْفِيَكَ  Maksudnya : “Aku bermohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan Yang Memiliki ‘Arasy yang Agung, agar menyembuhkan kamu (dibaca sebanyak 7 kali).” (Hadis riwayat Imam Abu Daud dalam Sunannya)  اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ مُذْهِبَ الْبَاسِ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شَافِيَ إِلَّا أَنْتَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا  Maksudnya : “Ya Allah, tuhan sekalian manusia, penghilang segala kesusahan, sembuhkanlah kerana sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penyembuh, tiada sesiapa yang dapat menyembuhkan (penyakit) melainkan Engkau sahaja yang dapat mengubati dan menghilangkan sakit.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dalam Sahihnya)  4. Doa mohon berlindung daripada gangguan syaitan dan sekutunya :  أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّةٍ  Maksudnya : “Aku mohon berlindung dengan kalimah-kalimah Allah (Al-Quran atau asma’ Allah dan sifatNya) yang sempurna daripada setiap syaitan dan binatang berbisa yang boleh membunuh serta berlindung daripada setiap pandangan mata yang boleh mendatangkan kejahatan.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari)  semoga koleksi doa-doa penawar yg dikongsikan pd kali ini akan membawa manfaat untuk semua.